KENINGAU: Hujan berterusan sejak semalam, menyebabkan lima buah kampung di Nabawan dilanda banjir sejak pagi tadi.
Kampung yang terjejas iaitu Kampung Pemuntarian, Ulu Mosopoh, Salarom Baru, Tiang dan Nakuyang.
Bagaimanapun setakat ini tiada pemindahan penduduk dilakukan dan keadaan banjir terkawal.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Keningau, Penguasa Bomba Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata, banjir bermula sejak pagi tadi susulan limpahan air Sungai Pemuntarian.
“Banjir itu berlaku sejak bagi tadi sehingga menyebabkan lima kampung di Nabawan dinaiki air.
“Namun keadaan banjir terkawal dan tiada pemindahan penduduk dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Nabawan.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Nabawan berada di lokasi banjir bagi memantau keadaan di kawasan dinaiki air.
“Turut membantu memantau situasi banjir anggota polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK