MILIKI TELUR PENYU, WANITA DIJEL EMPAT MINGGU

SANDAKAN: Gara-gara memiliki 27 biji telur penyu, seorang wanita terpaksa meringkuk selama 4 minggu di penjara.

Hakim Mahkamah Sesyen, Indra Ayub turut mengarahkan tertuduh, Bahira Juwah, 53, membayar denda RM800 selain dirujuk ke Jabatan Imigresen, sebaik selesai menjalani hukuman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Jalan Pryer, kira-kira jam 11.30 pagi, 12 Oktober 2017.

Sepasukan anggota penguatkuasa dari Jabatan Hidupan Liar yang melakukan pemeriksaan mendapati tertuduh gagal menunjukkan pemilikan yang sah ke atas 27 biji telur penyu spesies Green Turtle (Chelonia mydas) Penyu Hijau.

Tertuduh didakwa mengikut Sekesyen 40(2)(a) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 40(3) enakmen yang sama.

Pendakwaan dilakukan, Timbalan Pendakwa Raya, Lim Sze Chuen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *