KOTA MARUDU: Empat pelajar maut, manakala lima cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Jalan Kanibongan Pitas, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, MPV jenis Toyota Avanza itu membawa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 dikatakan terbabas selepas melanggar lubang di jalan raya.
Kesemua mangsa termasuk pemandu adalah pelajar Tingkatan Enam sekolah terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata semua mangsa termasuk empat yang maut dihantar ke Hospital Pitas untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata, pemandu kenderaan itu cedera ringan dan memiliki lesen memandu.
“Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kemalangan ini masih dalam siasatan,” katanya melalui kenyataan di sini, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 12:15 AM
More Stories
Memandu berbahaya hingga menyebabkan kematian, pemandu lori dipenjara lima tahun, denda RM20,000
Muhyiddin dijangka didakwa esok
Mahkamah tolak permohonan Zahid pasport dikembalikan secara kekal