Orang tua ‘rogol’ kambing sampai mati akan didakwa besok

Seorang warga emas yang pernah ditahan atas dakwaan mengadakan seks luar tabii ke atas seekor kambing betina sehingga mengakibatkan haiwan itu mati akan didakwa di mahkamah esok.

Suspek berusia 60 tahun akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pada 9 pagi.

“Sebelum ini, kertas siasatan kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya untuk arahan lanjut.

“Baru-baru ini kita mendapat arahan daripada AGC untuk menuduh suspek bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan di mahkamah pada esok,” menurut laporan MalaysiaGazette yang memetik sumber.

Pada 29 Julai lalu, lelaki warga tempatan itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan direman tujuh hari bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan kes tersebut.

Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam keterangan atas faktor umur dan kesihatan sementara kertas siasatan dilengkapkan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii dengan haiwan.

Media sebelum ini melaporkan, tindakan jijik seorang lelaki warga emas yang melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina menyebabkan haiwan berkenaan ditemui mati di kandangnya, dekat Serendah, 27 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *