KOTA MARUDU, 24 Feb – Polis menahan pasangan kekasih kerana disyaki telah menjalankan akitiviti pengedaran dadah dalam operasi di sebuah pusat peranginan di Pitas, semalam.
Kedua-dua suspek berusia 22 dan 25 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu semasa menjalankan operasi, pada pukul 4 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya menemui 11 paket plastik lutsinar berlainan saiz bersama enam tiub straw plastik berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 31.8 gram.
“Berdasarkan ujian saringan awal air kencing, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
“Kedua-dua suspek dibawa ke IPD Kota Marudu untuk siasatan lanjut dan kini direman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media.
Dipercayai, kedua-dua suspek turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK