KUALA PILAH, 2 Mac – Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 11, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, dekat Juasseh, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa Muhammad Helmi Hussin, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 secara bersendirian dari arah Terentang, Batu Kikir, Jempol menghala ke Kuala Pilah.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang melalui selekoh itu secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.
“Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya kepada media, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK