KOTA KINABALU: Seorang pelancong wanita warga British mendakwa dicabul seorang lelaki warga tempatan yang menghantarnya pulang ke hotel di Sepanggar, di sini, semalam
Sebelum kejadian mangsa berusia 19 tahun bersama tiga rakannya mengunjungi sebuah pusat hiburan di bandar raya ini, kira-kira jam 11 malam.
Mangsa kemudian berkenalan dengan dua lelaki tempatan sebelum salah seorang lelaki menghantar mangsa pulang ke sebuah hotel di Sepanggar, kira-kira jam 3 pagi.
Ketika dalam perjalanan itu, suspek yang memandu kereta jenis Perodua Axia bertindak mencabul dengan meraba paha mangsa.
Akibat perbuatan suspek itu, mangsa meminta suspek supaya memberhentikan kenderaan sebelum dia melarikan diri.
Berikutan kejadian itu, paginya mangsa kemudian membuat laporan polis mengenai peristiwa itu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadia itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti lelaki terbabit.
“Polis sedang mengesan suspek terbabit berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa warga British terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK