KENINGAU: Jabatan Perhutanan Sabah menahan seorang suspek dipercayai terbabit dalam kes penebangan kayu secara haram di Kampung Kasuing, di sini, Sabtu lalu.
Turut disita adalah sebuah jentera, 11 batang kayu balak serta lebih 300 keping kayu terubah pelbagai saiz.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Mohd Jaini, berkata tangkapan itu dibuat mengikut Seksyen 23(2) Enakmen Hutan 1968 kerana membuka tanah kerajaan membabitkan penebangan dan pengumpulan kayu balak secara haram.
“Kita sudah lantik seorang pegawai penyiasat juga dilantik untuk menyiasat seterusnya mengemukakan kerta siasatan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam kes berasingan, pasukan penguatkuasa Wilayah Kudat turut menyita 34 batang kayu bakal serta lima jentera yang disyaki digunakan untuk mengumpul balak di tanah kerajaan tanpa sebarang kelulusan atau permit yang sah di Kampung Tagibang, Ranau, Rabu lalu.
Menurut Mashor, ketika serbuan oleh Pasukan Penguatkuasa Jabatan Perhutanan, tiada pekerja yang ditemui di lokasi berkenaan.

“Saya beri amaran serius kepada semua pihak yang berkaitan agar tidak sewenang-wenangnya mencerobohi dan menerokai tanah kerajaan.
“Sesiapa yang ingin memajukan tanah kerajaan untuk maksud pertanian atau aktiviti lain perlu merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada agensi berkaitan termasuk Jabatan Tanah dan Ukur dan Jabatan Perhutanan Sabah,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK