TUJUH PELAJAR PEREMPUAN DITAHAN BERSABIT KES GADUH BERAMAI-RAMAI

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU:  Tujuh pelajar ditangkap polis bersabit kes gaduh beramai-ramai antara dua kumpulan remaja perempuan di kawasan padang bandaran di sini pada Selasa. [Click Video]

Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor memberitahu bahawa lima saspek ditahan di Kampung Panji dan dua lagi di Kampung Pisang untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh. 

Siasatan polis mendapati kejadian berpunca dari remaja perempuan dari Kampung Pisang megeluarkan kata-kata kesat kepada remaja perempuan Kampung Panji, kata Nasri.

Ini telah menyebabkan remaja dari Kampung Panji tidak berpuas hati dan membawa remaja perempuan dari Kampung Pisang untuk berjumpa di tempat kejadian, katanya lagi. 

“Semasa perbincangan berlaku pertengakaran mulut dan seterusnya pergaduhan diantara kedua-dua kumpulan remaja itu. Kejadian pergaduhan ini telah dirakam dan ditularkan di media sosial,” tambah Nasri.

Tujuh perempuan berumur lingkungan 14 hingga 17 tahun dari Kampung Panji dan enam perempuan berumur 15 hingga 16 tahun, dari Kampung Pisang terlibat dalam pergaduhan. Tiada kecederaan serius dilaporkan, kata beliau. 

“Semua saspek adalah warga tempatan dan masih bersekolah. Merka telah direman pada hari Rabu untuk siasatan lanjut dan pihak polis kini sedang mengesan saspek yang lain dan meminta mereka untuk serah diri,” kata Nasri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *