Penutupan sementara AKLEH untuk susur keluar Jalan Kerja Ayer Lama disambung hingga 8 April

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Penutupan sementara susur keluar Jalan Kerja Ayer Lama (JKAL 1) di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dari 1 hingga 5 pagi yang bermula Selasa (26 Mac) untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di lebuh raya itu, dijangka berterusan hingga 8 April tahun ini.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemilik konsesi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dalam satu kenyataan di sini hari ini menasihati para pengguna jalan raya yang menuju ke Ampang Jaya supaya keluar di Jalan Memanda 9 sepanjang penutupan itu.

Ciri-ciri keselamatan seperti kon-kon keselamatan, papan tanda, penghadang plastik dan konkrit juga dipasang di tempat-tempat yang berkenaan.

Sebagai tambahan, satu Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) akan ditempatkan 24 jam di kawasan terlibat untuk menangani sebarang kecemasan.

Pengguna jalan raya dinasihati agar berhati-hai dan mematuhi semua peraturan lalu lintas. Untuk keterangan lanjut dan maklum balas sila hubungi 1 300 88 9922 atau feedback.suke@prolintas.com.my. Pengguna juga boleh menghantar pesanan menerusi Facebook atau Twitter.

— BERNAMA

[ad_2]