KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan di Mahkamah Khas Rasuah, di sini hari ini atas kes pengubahan wang haram melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM8.75 juta.
Peter yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Abu Bakar Manat selepas pertuduhan dibacakan dihadapan beliau.
Beliau berdepan lima pertuduhan lima pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Mengikut fakta kes, Peter melakukan kesalahan berkenaan antara 25 Julai 2014 dan 7 Dis 2015 iaitu telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram secara tidak langsung dalam transaksi melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram dengan mengarahkan individu tertentu memindahkan sejumlah wang yang kesemuanya melibatkan nilai RM8.75 juta bagi kesemua lima pertuduhan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Peter diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin tempatan, dengan dua syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan diarahkan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sekali dalam tempoh dua bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwaraya SPRM iaitu Ahmad Akram Gharib dan Nartia M. Sambatan, manakala Peter diwakili empat peguam iaitu Cedric Choo, Datuk Douglas Lim, Martin Tommy dan Luke Ressa Balang dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Ogos.-http://beritasabah.com
More Stories
Memandu berbahaya hingga menyebabkan kematian, pemandu lori dipenjara lima tahun, denda RM20,000
Muhyiddin dijangka didakwa esok
Mahkamah tolak permohonan Zahid pasport dikembalikan secara kekal