Minuman keras yang tidak mempunyai kelulusan kastam yang dirampas oleh PGA Batalion 15 di RCP Sapi-Nangoh
Oleh Faizal Rahman
BELURAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 telah menahan 3 lelaki tempatan dan merampas 90 botol minuman keras yang tidak mempunyai kelulusan Kastam, di sekatan jalanraya RCP Sapi-Nangoh pada Nov 4.
Pegawai Memerintah Batalion 15 Supt Toipi Lamat memberitahu media bahawa pada jam lebih kurang 6.30 petang anggota Batalion 15 yang bertugas di RCP Sapi-Nangoh telah buat pemeriksaan terhadap sebuah lori.
Anggota Batalion 15 mendapati ada lebih kurang 11 kotak berisi minuman keras pelbagai jenama dalam lori tersebut. Setelah diperiksa dokumen permohonan pemindahan barang-barang berduti dari gudang berlesen atau eksais awam dari tempat yang berlesen telah melebihi tarikh dan waktu yang ditetapkan, kata Toipi.
“Barang-barang berkenaan iaitu sebanyak 90 botol minuman keras pelbagai jenama tidak tersenarai dalam borang pesanan pembelian setem cukai minuman keras/ rokok oleh pengimport/ pengilang berdaftar,”kata Toipi.
Pemandu lori berumur 49 yang berasal dari Sarawak bersama dua lagi lelaki berumur 19 dan 26 tahun, dari Kota Marudu, telah ditahan dan diserah kepada Balai Polis Beluran untuk siasatan lanjut, kata Toipi.
Dalam kes berasingan, anggota Batalion 15 juga merampas 30 karton rokok seludup pelbagai jenama setelah memeriksa muatan sebuah lori di RCP Sapi-Nangoh pada jam 1.00 pagi Nov 3, tambah Toipi.
Sementara itu, anggota penugasan RCP Sapi-Nangoh dari Batalion 15 berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berumur 47, 31 dan 24 tahun pada jam 7.00 pagi Nov 3, kata Toipi.
Mereka berada dalam keadaan mencurigakan dan kemudian gagal menunjukkan sebarang dokumen diri dan perjalanan yang sah semasa anggota Batalion 15 melakukan pemeriksaan, kata Toipi.
Ketiga-tiga mereka yang bekerja di lading sawit itu, kemudian dibawa ke Balai Polis Beluran untuk tindakan lanjut, kata Toipi.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK