[ad_1]
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata ketika ini proses pindaan terhadap akta tersebut masih dalam pelaksanaan dan diharap dapat dibawa pada persidangan Parlimen akan datang.
“Antara pindaan akta tersebut ialah menaikkan kadar penalti ke atas majikan yang gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja. Buat masa ini kadar maksimum penalti dikenakan ialah RM50,000, yang mudah untuk pemaju projek besar membayarnya,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Seminar OSH for Langkawi, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Omar Mat Piah.
Sementara itu, Mahfuz berkata kementerian menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menyiasat sebanyak 3,773 kes kemalangan pekerjaan tahun lalu. (2018)
Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 297 kes merupakan kemalangan maut dengan sektor pembinaan merupakan penyumbang utama iaitu 113 kes.
“Sepanjang tahun lalu juga, sebanyak 27,014 pemeriksaan dan penguatkuasaan oleh JKKP telah dijalankan di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut sebanyak 27,024 notis telah dikeluarkan.
“Sebanyak 945 kesalahan direkodkan dan dikenakan kompaun berjumlah RM1.449 juta dan 318 kes didakwa di mahkamah melibatkan jumlah penalti RM3.714 juta,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar