[ad_1]
PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meraikan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam majlis makan tengah hari di Seri Perdana di sini.
Lee yang tiba di Malaysia semalam untuk menghadiri Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9, disambut oleh Dr Mahathir sebaik tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri itu.
Terdahulu, Isteri Lee, Ho Ching disambut oleh isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Majlis makan tengah hari itu juga dihadiri oleh menteri-menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Lee sebelum itu, mengadakan perbincangan dengan Dr Mahathir di Perdana Putra hari ini di bawah rangka kerja Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu