Kelihatan kereta Polis anti jenayah nakotik berjaya memintas kereta penjenayah.
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Polis Berjaya menahan seorang warga asing dipercayai pengedar dadah selepas dikejar pihak berkuasa kira-kira dua kilometre di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari (Jumaat) berlaku apabila polis mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah berhampiran Servay Kota Marudu.
“Sebaik menyedari kehadiran anggota polis, suspek kemudiannya bertindak memecut keretanya menyebabkan polis mengejar kereta suspek sehingga ke simpang Pekan Goshen,” katanya.
Menurutnya, disebabkan tindakan suspek membahayakan pengguna jalan raya lain, polis kemudiannya terpaksa melepaskan tembakan kea rah tayar kereta suspek.

Mohd.Izaan berkata sepasukan Polis nakotik yang di ketuai oleh ASP Zulfakar Abdullah terpaksa melepaskan tembakan terbabit menyebabkan kereta suspek terbabas masuk parit dan berjaya ditahan”.
“Polis turut merampas syabu seberat 20 gram yang dibawa oleh suspek,” katanya.
Beliau berkata, suspek seorang lelaki warga Filipina berumur 42 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen itu turut positif dadah jenis syabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu seorang saksi mendakwa terkejut dengan empat das tembakan sebelum kereta proton Bezza berwarna silver yang dinaiki saspek terbabas dan terjunam ke dalam parit , kejadian berlaku dihadapan sebuah rumah pendeta di Goshen.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK