[ad_1]
SEPANG, 12 Mac (Bernama) — Presiden Korea Selatan Moon Jae-in tiba di sini hari ini untuk lawatan negara di Malaysia sehingga Khamis.
Pesawat khas yang membawa Moon serta pasangannya Kim Jung-sook mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.40 tengah hari.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah selaku menteri pengiring, bersama dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking, berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan Presiden Korea Selatan itu,
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata lawatan itu dijangka akan meningkatkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Seoul di samping meletakkan asas baru bagi hubungan dua hala antara negara untuk berkembang.
…..
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu