KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah akan mengadakan Rumah Terbuka sempena perayaan Krismas dan Tahun Baru 2020 pada minggu depan.
Menurut pengerusi penganjur Christopher Mandut (gambar), sambutan itu akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Penampang, pada 25 Disember 2019 (Rabu) bermula dari pukul 10 pagi hingga 1 petang.
Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Penasihat Perdana parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan hadir di majlis tersebut.
“Selain disajikan pelbagai juadah, terdapat juga persembahan karoling dan beberapa persembahan lain untuk menghiburkan para tetamu yang hadir,” katanya.
Mandut, yang juga Ketua Pemuda PBS turut mengalu-alukan pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir memeriahkan acara tahunan parti tersebut.

More Stories
20 Gurulatih Bingkasan sertai Hiking di Bukit Kopungit
65 Karya Dipamerkan di Pameran Kaligrafi GAH-UMS
Galeri Azman Hashim UMS Bantu Martabat Karya Seni Tempatan