Tiga lelaki tempatan dan 16 warga asing berumur 20 hingga 40 tahun ditahan dalam serbuan itu. — Foto AFP
KOTA KINABALU, 25 Nov ― Serbuan Jabatan Imigresen Sabah di dua lokasi berasingan semalam menemukan wang tunai sebanyak RM13 juta.
Sepasukan anggota jabatan itu menyerbu sebuah hotel di sini, jam 1 pagi selepas dimaklumkan wujud aktiviti pemerdagangan manusia.
“Wang di hotel itu ditemui disimpan di dalam kotak minuman keras dan laci,” kata sumber.
“Manakala wang di apartmen turut ditemui tersembunyi di dalam kotak minuman keras.
Sumber berkata sehingga malam tadi pihak berkuasa itu sedang mengemaskini jumlah wang dan ia dikatakan bukan hasil aktiviti pelacuran.
Dalam serbuan itu, tiga lelaki tempatan dan 16 warga asing dari Filipina dan China ditahan. Semua berumur 20 tahun hingga 40 tahun.
Sementara itu Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Musa Sulaiman pula enggan mengulas lanjut mengenai serbuan dan penemuan wang tersebut
Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/serbu-dua-premis-imigresen-rampas-rm13-juta-lapor-akhbar#Zkwxq8QUyCwIhzWy.99