SKUAD RAGBI WANITA SABAH GAH

Oleh Wartawan BS
11 Februari 2020

KOTA KINABALU: Pasukan rabgi wanita Sabah memperlihat tahap prestasi terbaik dalam persediaan Sukan Malaysia (Sukma) 2020 dengan mengecapi kejuaraan pada kejohanan Ragbi Pangaits Penampang, baru-baru ini.

Sukma Sabah menepati ramalan sebagai antara pasukan pilihan kejohanan apabila merangkul kejuaraan Cup pada pertandingam tujuh sebelah itu yang berlangsung di Kompleks Sukan Penampang.

Berdepan dengan SWRC Angles di perlawanan akhir, Sukma Sabah tidak gusar walaupun ditentang hebat oleh pasukan lawan sebelum menang dengan kiraan mata 21-12.

Terdahulu Sukma Sabah melayakkan diri ke akhir dengan bergaya apabila memenangi perlawanan mereka tanpa bolos.

Sukma Sabah menang dalam aksi awal menentang Sisterakas 27-0 dan Maiden Wolfpack 48-0 untuk menempah tiket ke separuh akhir.

Sekali lagi Sukma Sabah tampak gah dan membenam Lady Sharks 27-0 untuk merebut tempat ke akhir, di mana mereka menewaskan SWRC Angels.

Untuk rekod, Sabah merupakan pemenang pingat emas bagi ragbi tujuh sebelah kategori wanita yang julung kali diadakan di Sukma 2018 di Perak.

Sementara itu, juara bagi acara lain pada kejohanan Pangaits Penampang termasuk Sabah Oscar Warriors Rugby Club (Cup lelaki), KK Sharks (Plate lelaki), Lady Sharks (Plate perempuan), Maksak Sabah (Bowl lelaki) dan Keningau Angels (Bowl perempuan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *