[ad_1]
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata empat buah sekolah yang masih kekal menawarkan kelas sains tulen ialah SMA Al Khairiah, Temerloh; SMA Al Maidah Addiniah, Padang Tengku, Lipis; SMA Al Ihsan, Kuantan; dan SMA Tengku Ampuan Fatimah, Pekan.
“Kerajaan tidak pernah berhasrat untuk menutup peluang pelajar yang berpotensi dalam aliran berkenaan. Bagi menjamin peluang itu terus diperolehi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga akan membuka semula atau menambah bilangan kelas sains di SMA Al Khairiah, SMA Al Ihsan dan SMA Tengku Ampuan Fatimah, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, mewakili Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang tidak hadir kerana masalah kesihatan.
Ia bagi menjawab soalan Shahril Azman Abd Halim (PAS-Jengka) yang bertanyakan tentang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri menangani masalah penutupan kelas sains tulen di SMA negeri.
Mengulas perkara itu Mohd Soffi berkata setakat ini kerajaan negeri hanya menangguh pengambilan pelajar tingkatan 4 untuk aliran sains tulen di Sekolah Maahad Sultan Addini, Jengka, Maran, namun dalam masa yang sama tingkatan 5 aliran itu masih kekal dan akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.
“Penangguhan pengambilan itu dilakukan kerana hanya terdapat empat orang sahaja yang memohon memasuki kelas aliran sains tulen di sekolah berkenaan dan kesemua mereka telah ditawarkan memasuki SMA Al Khairiah Temerloh dengan asrama.
Langkah itu dilakukan bagi mengurangkan bebanan kepada guru-guru dan mereka berpeluang lebih fokus kepada bidang tertentu. Di samping itu, penjimatan kos penyelenggaraan, pembelian peralatan dan bahan serta tenaga kerja juga dapat dilakukan, ” katanya.
Dewan turut dimaklumkan kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan yuran pembelajaran sebanyak RM18 sebulan di SMA agama di negeri ini walaupun jumlah itu dianggap rendah jika dibandingkan dengan pelbagai kenaikan kos pada masa kini.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar