WANITA CUBA SELUDUP MASUK KE SEMPORNA POSITIF COVID-19

SEMPORNA: Polis mengesahkan seorang wanita yang ditahan ketika cuba menyeludup masuk secara haram ke negara ini Ahad lalu, positif Covid-19.

Difahamkan, wanita warga Filipina berusia 29 tahun itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama sembilan pendatang asing yang lain di perairan antara Pulau Bohey Dulang dan Pom Pom.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata wanita itu dibawa ke Klinik Kesihatan Semporna untuk ujian saringan sehari selepas ditahan.

Susulan keputusan itu, katanya, semua tahanan yang menaiki bot bersama wanita terbabit, tahanan lokap dan anggota keselamatan yang berurusan dengan suspek diarahkan menjalani ujian saringan dan kuarantin selama 14 hari.

“Kita juga lakukan proses disinfeksi di seluruh kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna khususnya lokap yang menempatkan wanita itu.

“Kita harap orang ramai bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *