Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Polis telah menangkap seorang lelaki warga asing kerana disyaki mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berumur 18 tahun pada Julai 30.
Ketua Polis Daerah ACP Haji Nasri Haji Mansor berkata bahawa kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Bumiputera, Jalan Silam pada jam lebih kurang 5.00 petang semasa mangsa pergi ke rumah saspek untuk mencari adik perempuannya.
Ibu mangsa yang membuat laporan polis mengatakan pada 30.07.2019 jam lebih kurang 5.00 petang semasa beliau berada di rumah, mangsa yang merupakan anak sulungnya balik daripada rumah sepupunya dan memberitahu beliau tentang kejadian tersebut, Kata Nasri.
Mangsa telah dirujuk di Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor telah mengesahkan tiada kesan koyakan di hymen mangsa, katanya.
Bertindak atas maklumat pada Julai 30 jam lebih kurang11.00 malam bertempat di Pejabat Jabatan Sisatasan Jenayah Lahad Datu, pihak polis telah menahan saspek untuk siasatan dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017, kata Nasri.
Saspek berumur 33 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu, tinggal di kampung yang sama.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK