SANDAKAN: Seramai 28 lelaki lingkungan umur 21 hingga 42 tahun positif dadah berjaya ditangkap oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan Ops Perdana di sekitar daerah Sandakan dan Kinabatangan pada Selasa.
Kesemua mereka ditangkap di beberapa lokasi berbeza yang dikenal pasti sebagai lokasi panas aktiviti dadah di daerah ini dan Kinabatangan.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Sabah, Christopher Billy, operasi di Kinabatangan seramai 11 orang berjaya ditangkap dan 17 orang di daerah ini.
Jelasnya, operasi di Sandakan telah bermula dari pukul 12 malam hingga 5 pagi itu melibatkan 30 anggota AADK dan 10 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Katanya lagi, pelaksanaan operasi itu di lokasi yang telah dikenalpasti di daerah ini berdasarkan aduan awam dan hasil risikan pihak AADKsebulan lalu.
“Sandakan antara daerah yang mempunyai aduan tertinggi mengenai aktiviti terbabit…. Dan di daerah ini operasi diberi tumpuan terhadap lokasi yang telah dikenalpasti hasil aduan awam dan juga risikan,” katanya.
Jelas beliau, operasi ini adalah siri kedua dan sebelum ini siri pertama di Kota Kinabalu. Ujarnya, Ops ini merupakan antara usaha AADKmencegah, membanteras dan memerangi kegiatan dadah sehabis mungkin khususnya di beberapa daerah di negeri ini yang disyaki sebagai lokasi panas.
“Sebelum itu siri pertama di Kota Kinabalu dan kali ini merupakan siri kedua di Sandakan.. Dimana ia merupakan usaha kami memerangi kegiatan penagihan dadah di negeri ini.”
“Operasi ini yang telah dirancang dan akan dilaksanakan di beberapa daerah di negeri ini yang merupakan kawasan tumpuan penagihan dadah seperti yang telah dikenalpasti dan diselidik,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu. OLEH ALIZA ALAWI – NST
More Stories
Memandu berbahaya hingga menyebabkan kematian, pemandu lori dipenjara lima tahun, denda RM20,000
Muhyiddin dijangka didakwa esok
Mahkamah tolak permohonan Zahid pasport dikembalikan secara kekal